Tuesday, March 1, 2011

ABSTRAK

Masjid atau dalam perkataan Arab iaitu ‘sujud’ atau ‘sajada’ membawa maksud tempat sujud.Masjid ialah tempat untuk beribadah bagi umat Islam.Masjid bukan sahaja didirikan di Negara-negara Islam malahan di Negara Barat juga terdapat masjid-masjid untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadah walau di mana sahaja mereka berada.Sejak zaman Rasulullah, setiap kejayaan dan kemajuan umat Islam pada waktu itu bermula di masjid.Oleh itu, masjid ialah tempat yang sesuai untuk menjalankan perbincangan mengenai hal-hal keagamaan,menjalankan kegiatan berdakwah dan menjadi pusat rujukan sesama Muslim.Terdapat 3 buah masjid yang dimuliakan oleh umat Islam di seluruh dunia iaitu Masjidil Haram di Makkah,Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Masjid-masjid di atas muka bumi ni mestilah dilindungi dan dijaga dengan baik memandangkan bangunan tersebut diibaratkan sebagai ‘rumah Allah’ yang mesti dijaga kesuciannya.Selain itu, masjid juga memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.Masjid boleh dijalankan acara-acara seperti majlis Maulidur Rasul,majlis Syura’,majlis akad nikah dan lain-lain lagi. Sebagai kesimpulannya, masjid sememangnya binaan yang perlu dijaga dan dipertahankan sebagaimana kita mempertahankan Islam di dalam diri masing-masing.

No comments:

Post a Comment