Tuesday, March 1, 2011

PENUTUP

Masjid Tok Kenali mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Masjid merupakan tempat beribadah untuk umat Islam.Bukan sahaja menjadi tempat bersolat,malahan untuk mengembangkan ibadah dakwah dan tempat mengumpul ilmu pengetahuan.

Kebanyakkan masjid-masjid zaman sekarang tidak mempunyai nilai-nilai binaan seperti masjid-masjid zaman dahulu.Seperti contoh,masjid yang dibina dengan binaan yang seperti ingin mengagungkan binaan semata-mata,bukan untuk tujuan beribadah.Masyarakat lebih cenderung mengikuti arus pembangunan moden untuk melaksanakan sebarang pembinaan. Masjid yang dihias indah dengan bahan binaan yang mewah dan mahal,jika tidak ada pengunjung untuk beribadah, umpama sia-sia sahaja.

Oleh itu,masjid tidak semestinya ingin kelihatan gah di mata semua orang,tetapi mestilah ada masyarakat yang menghidupkan masjid itu sendiri.Kita mestilah bersama berganding bahu untuk mengharmonikan ‘rumah Allah’.

No comments:

Post a Comment