Tuesday, March 1, 2011

FAKTA TOK KENALI

Nama sebenar Tok Kenali ialah Muhammad Yusof Ahmad.Beliau digelar sebagai Awang Kenali sebelum dikenali sebagai Tok Kenali.Tok Kenali dilahirkan pada tahun 1870 di Kampung Kenali,Kubang Kerian.Beliau meninggal dunia pada 19 November 1933. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Cik Ruqayyah Mahmud dan hasil perkahwinan mereka dianugerahkan 4 orang cahaya mata iaitu Ahmad,Muhd Shaalih,Mahmud dan Abdullah Zawawi.

Tok Kenali adalah nama yang cukup gah di Kelantan.Ulama kesayangan semua lapisan rakyat itu dianggap tiada tolok bandingnya dan kisah hidup beliau menjadi lagenda hingga kini.Malah,kerana Tok Kenali yang dilahirkan pada tahun 1870 itu juga,Kelantan yang dikenali sebagai ‘tanah rendah sekebun bunga’ ini mendapat jolokan Serambi Makkah.Beliau dikenali dengan nama Tok Kenali kerana dilahirkan di Kampung Kenali ( sekarang dipanggil Kubang Kerian).Beliau adalah tokoh pembaharuan pemikiran umat Islam dalam sistem pendidikan nusantara pada awal ke-20.

Tok Kenali ke Mekah pada usia 18 pada 1887 dengan kapal layar dari Kuala Besar dan belajar ilmu keduniaan serta akhirat sepanjang tempoh 20 tahun tinggal di tanah suci tersebut.Beliau juga ke Mesir dan berguru dengan muftinya,Syeikh Muhammad Abduh.yang terkenal sebagai ulama pembaharuan,pelopor Gerakan Islah yang berjuang mengembalikan umat Islam kepada pegangan agama sebenar.

Bandar Kubang Kerian pernah menjadi sebutannya dengan mengatakan bahawa Kampung Kenali akan menjadi besar dan anak cucu penduduk kampung itu akan menjadi orang besar-besar.Ia terbukti kini apabila Kubang Kerian menjadi Bandar baru dengan bangunan tersegam indah termasuklah Masjid As-Sultan Ismail Petra dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Namun,menjelang saat kematiannya,Tok Kenali menderita pada kakinya yang berulat itu selama kira-kira dua bulan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 19 November 1933 ketika berusia 65 tahun.Bagi mengenang jasa beliau dan menghormatinya,banyak nama diabadikan berdasarkan namanya seperti Jambatan Tok Kenali,Jalan Tok Kenali,Akademi Kenali,Institut Kenali,Dewan Tok Kenali,Seri Kenali dan sebagainya.Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sengaja mengabdikan sebuah jambatan dengan nama Tok Kenali untuk menarik minat generasi muda masa kini untuk menyelidik tentang kehebatan tokoh itu.

No comments:

Post a Comment