Tuesday, March 1, 2011

MASALAH YANG DIHADAPI

Tidak kira di mana sahaja,pasti akan ada masalah yang dihadapi.Sama juga seperti di Masjid Tok Kenali dan kawasan sekitarnya.Antara masalah yang dihadapi ialah seperti berikut :

· Masalah kecurian yang semakin menjadi-jadi di masjid dan kawasan sekelilingnya. Ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup mencuri duit hasil kutipan derma dari tabung masjid. Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku memnadangkan itu adalah hak milik masjid.

· Masalah anak-anak muda yang menjadikan masjid dan kawasan sekitarnya sebagai tempat lepak mereka.Hal seperti ini seringkali kita dapat lihat pada waktu malam ataupun pada lewat petang.Ada juga yang menjadikan masjid sebagai tempat mereka tidur atau menjamu selera.

· Selain itu,orang awam yang datang ke masjid tidak menjaga kebersihan dan kekemasan masjid dan ruang dalam masjid berikut.Ramai yang tidak melipat dan mengemas kembali telekung sembahyang setelah selesai menggunakannya.Selain telekung sembahyang,rehal tempat meletak al-Quran,buku-buku ilmiah dan rujukan,dan sejadah juga selalu berselerak tanpa diletakkan di tempat yang sepatutnya.

· Masalah bukan sahaja berlaku di dalam masjid malah di luar kawasan masjid juga. Banyak poster dan iklan yang ditampal di pagar dan dinding-dinding masjid.Keadaan ini pasti akan mencacatkan pemandangan indah masjid tersebut.

· Jenayah vandalisme juga selalu berlaku di dalam kawasan kampung.Ramai anak muda yang suka menconteng dinding-dinding masjid dan pagar masjid.Perkara ini mesti dicegah supaya dapat memberikan imej bersih terhadap masjid tersebut.

No comments:

Post a Comment