Tuesday, March 1, 2011

PERANAN DAN AKTIVITI MASJID TOK KENALI

Pada zaman kegemilangan Tok Kenali, terdapat pondok-pondok di sekeliling kawasan Masjid Tok Kenali.Di pondok tersebut terdapat lebih kurang 400 orang penuntut yang majoritinya orang luar dari Kampung Tok Kenali.Selepas Tok Kenali meninggal dunia,pengajian pondok tersebut merosot.Keadaan genting tersebut telah dikendalikan oleh Tuan Guru Hj Ahmad untuk meneruskan lagi kegiatan pengajian pondok itu.Selepas Tuan Guru Hj Ahmad meninggal dunia,Hj Wardi membangunkan sebuah sekolah agama dan diberi nama Madinatul Ilmi.Bermula pada saat itu,pengajaran di pondok menjadi semakin baik dan mendapat sokongan dari banyak pihak.Sehingga sekarang,Pondok Tok Kenali mempunyai 4 buah pondok.Para penuntut sekolah agama berada di Madinatul Ilmi.Madinatul Ilmi mempunyai asrama yang dihuni oleh lebih kurang 160 orang.Ada yang menetap di asrama dan bagi yang tinggal berdekatan,mereka boleh berulang-alik dari tempat belajar.

Pada waktu dahulu,Masjid Tok Kenali membuat perayaan menyambut Majlis As-Syura.Semua penduduk kampung saling bekerjasama untuk memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancer.Majlis Isra’ dan Mikraj dan Majlis Nisfu Syaaban turut diadakan. Bagi sambutan Maulidul Rasul,pihak masjid akan menjemput orang-orang dari luar bersama penduduk kampung sekali untuk berselawat dan membuat jamuan makan.Semua yang hadir akan berzanji bersama-sama.Keadaan ini menunjukkan bahawa masih ada nilai-nilai persaudaraan di kampung walaupun sekarang kebanyakkan masyarakat zaman sekarang tidak bertegur sapa sesama jiran tetangga.

Sekarang,Masjid Tok Kenali sentiasa mengadakan pengajian 2 minggu sekali bersama guru-guru dari luar untuk bersama-sama berkongsi ilmu agama bersama penduduk kampung. Ayah Man dan Hj Abdullah Zaki juga turut mengajar pada malam Sabtu untuk sekali sebulan.Selalunya,Tuan guru Hj Lokman akan mengajar selepas solat Asar berjemaah bersama penduduk kampung.Terdapat juga orang-orang dari luar yang datang ke Masjid Tok Kenali untuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Selain menjadi pusat penyebaran dakwah dan ilmu agama serta majlis kemasyarakatan, Masjid Tok Kenali juga menjadi lambang keagungan Islam.Masjid Tok Kenali ini senantiasa menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara memandangkan nama Tok Kenali itu sendiri yang dikenali ramai orang hingga ke pelusuk dunia.Dengan adanya ceramah-ceramah serta majlis ilmu yang diadakan di masjid ini,ianya sekaligus membuktikan bahawa masih ramai yang memerlukan ilmu untuk mendalami agama dengan lebih mendalam.Ternyata keagungan Islam terserlah melalui cara tersebut.

No comments:

Post a Comment