Tuesday, March 1, 2011

PROFIL IMAM

Nama penuh beliau ialah Tuan Guru Hj.Lokman bin Tuan Haji Ahmad bin Tok Kenali.Di kampung,beliau dikenali dengan panggilan Ayah Man.Beliau dilahirkan di atas rumah Tok Kenali di Kubang Kerian,Kelantan pada 21 Jun 1938. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1,beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Maahad Muhammadi,Kubang Kerian.Beliau juga meluangkan masa untuk mendalami ilmu-ilmu agama dengan belajar pondok bersama ayahnya sendiri.Beliau mempunyai 8 orang adik-beradik dan beliau merupakan anak yang ketiga.Antara nama-nama adik-beradik beliau ialah Rahmah,Ridzuan,Lokman,Nordin,Wardi,Abdullah Zaki,Balia dan Nai’mah.Mereka sekeluarga sangat rapat.Beliau mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan bernama Hajah Norma bt. Mohamad Rani dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Seorang anaknya sedang mengambil profesion perguruan di Maktab Perguruan di Perlis dan seorang lagi sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak.

Tuan Guru Hj.Lokman bin Tuan Haji Ahmad merupakan penasihat masjid Tok Kenali dan menjadi Nazir Dewan Tok Kenali. Selain menguruskan hal-hal berkenaan Masjid Tok Kenali,beliau pernah melibatkan diri dan menjadi ahli bagi Parti 46.Selain Parti 46, beliau juga ahli bagi Parti Keadilan.Selain dikenali di Kelantan,beliau turut aktif menyebarkan dakwah-dakwah islamiah di negeri-negeri lain.Beliau pernah menjadi tetamu khas dan menyampaikan khutbah untuk penuntut-penuntut Universiti Malaya di Masjid Universiti Malaya di Kuala Lumpur.Khidmat beliau juga diperlukan sebagai setiausaha ulamak Parti Berjasa di Kuala Lumpur.Sekarang beliau aktif menjadi Yang Di pertuan Pergerakan Pondok Tok Kenali.Tuan Guru Hj.Lokman juga banyak menulis di lembaran-lembaran akhbar ketika beliau bertugas di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.Antara akhbar yang pernah dilakar dengan ilmu-ilmu keagamaan dan dakwah oleh beliau ialah Utusan Melayu,Berita Harian,Harakah dan banyak lagi. Bidang penulisan beliau ialah menyeluruh dan menyentuh segala aspek keagamaan demi membuka mata dan memberi ilmu pengetahuan untuk semua masyarakat tanpa mengira agama dan juga bangsa.

No comments:

Post a Comment