Tuesday, March 1, 2011

JAWATAN TOK KENALI

· Tok Kenali pernah menjadi ahli Majlis Ulama Islam Kelantan dari 19 November 1933 hingga 7 Disember 1951.

· Pernah memegang jawatan sebagai ketua pelajaran agama ( Pengarah Bahagian Ilmu Agama ). Dalam bidang ini,beliau bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku teks.

· Menjadi pengarang pertama majalah Pengasuh ( lidah rasmi Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen senaskah ).

· Berjawatan anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

· Menjadi pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah iaitu kumpulan ilmiah yang membincangkan tentang isu-isu agama dan juga semasa.

· Pernah menjadi penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.

· Memegang jawatan sebagai penasihat agama kepada Datuk Perdana Menteri Kelantan iaitu Menteri Besar.

No comments:

Post a Comment