Tuesday, March 1, 2011

PENYELESAIAN UNTUK MASALAH

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.Untuk menyelesaikan setiap masalah, semua pihak mestilah bersama-sama berganding bahu untuk membasmi masalah-masalah yang tidak diingini daripada berlaku.Untuk masalah-masalah yang berlaku di Masjid Tok Kenali dan kawasannya,berikut adalh jalan penyelesaiannya :

· Untuk masalah kecurian yang sering berleluasa ini,pihak masjid dan juga orang kampung haruslah bersepakat untuk mencegah kes ini.Tindakan yang tegas haruslah diambil supaya tidak ada yang berani melakukan masalah tersebut.Rondaan di dalam kawasan kamoung juga mesti dipertingkatkan untuk menjaga kebajikan serta kawasan kampung.

· Berhubung dengan masalah anak-anak muda yang menjadikan masjid sebagai tempat mereka pula, orang-orang kampung mesti menyediakan tempat khas untuk dijadikan tempat untuk mereka.Bukan untuk menggalakkan budaya lepak di kalangan remaja, tetapi ingin memberi mereka tempat untuk beristirehat dan bersama kawan-kawan. Jika disediakan tempat yang sesuai,maka mereka tidak akan berpeleseran di merata-rata tempat.

· Kebersihan itu adalah aspek yang sangat penting malah Islam sendiri ada menyebut ‘kebersihan itu separuh daripada iman’.Berkaitan masalah kebersihan di dalam masjid, pihak masjid hendaklah melantik beberapa orang kampung untuk menjadi ahli jawatankuasa masjid.Jika berbuat demikian,keadaan dalam masjid akan terpelihara dengan adanya orang yang bertanggugjawab khusus untuk menjaganya.Orang ramai juga mestilah menitikberatkan aspek kebersihan lebih-lebih lagi jika berada di dalam ‘rumah Allah’.kain-kain telekung sembahyang mestilah dilipat dengan elok dan disimpan dengan baik di tempat asalnya.Sejadah mestilah dilipat dan disangkut di tempatnya supaya keadaan dalam masjid menjad bersih,kemas dan teratur.

· Kebersihan hendaklah dijaga bukan sahaja di dalam masjid,malah di luar masjid juga.Masalah-masalah seperti adanya poster-poster dan iklan yang digantung atau ditampal di pagar-pagar masjid seringkali kita lihat sekarang.Pihak masjid seharusnya meletakkan papan tanda amaran yang menyatakan supaya tidak menampal sebarang poster di kawasan masjid.tindakan tegas mesti diambil bagi mereka yang tidak bertanggungjawab.

· Vandalisme di kalangan remaja semakin berleluasa di zaman sekarang. Di kawasan masjid,ada dinding dan pagar yang diconteng oleh individu yang tidak bertanggungjawab.Untuk mengembalikan kebersihan masjid,pihak masjid dan orang ramai hendaklah bersatu padu mengecat kembali mana-mana bahagian yang telah dikotori dengan tulisan-tulisan.

No comments:

Post a Comment