Tuesday, March 1, 2011

SEJARAH PENUBUHAN MASJID TOK KENALI

Sejarah penubuhan Masjid Tok Kenali ini bermula ketika Tok Kenali atau nama sebenarnya Haji Muhamad Yusof @ Haji Awang membina masjid tersebut yang pada awalnya hanya menggunakan kayu dan atap daripada bata tanah pada tahun 1929. Selepas beliau pulang daripada Mekah,beliau mula mendirikan pondok dan membina masjid.Tok Kenali meninggal dunia pada tahun 1933 dan kemudian anaknya yang bernama Hj. Ahmad mengambil alih kedudukan Tok Kenali dan akhirnya membina surau yang lebih besar daripada kayu.

Pada tahun 1956 M 1375 Hijrah,Tuan Guru Hj Lokman bin Tuan Hj Ahmad atau dikenali oleh penduduk Kampung Tok Kenali sebagai Ayah Man telah menukar binaan masjid berkenaan yang asalnya daripada kayu kepada batu dengan dibantu oleh penduduk-penduduk kampung tersebut.Hj Ahmad bin Hj Mohd Yusof iaitu Tok Kenali Kedua dikenali dengan nama Tok Bangkok.Selepas Hj Ahmad meninggal dunia,anak yang kelima,Haji Wardi b.Haji Ahmad yang merupakan Tok Kenali Ketiga atau dikenali sebagai ‘Raja’ di kalangan penduduk kampung yang bertugas sebagai Adun Lundang membuat keputusan untuk membesarkan masjid yang sedia ada dengan menggunakan batu bata.Kemudian,Ayah Man menambah serambi di masjid tersebut.Sehingga sekarang,Masjid Tok Kenali berada di bawah jagaan Ayah Man.Ayah Man sekarang sedang berusaha mengutip derma jariah daripada orang ramai untuk membaiki masjid dan pagar-pagar masjid.Anggaran jumlah derma yang berjaya dikutip buat masa ini ialah sebanyak RM60 ribu.

No comments:

Post a Comment